Friday, November 5, 2010

SOLAT SELEPAS HAID:PERKARA YG DIPANDANG RINGAN


Untuk di kongsi bersama:

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan

ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;

"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?"

pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:

"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Dalam BAB TIGA :

" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?

- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?

- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :

-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelarMuslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

Thursday, November 4, 2010

Sayu nya hati

muka budak tecik yg meragam sokmo 2-3 hari ni



Sejak dua tiga hari ni Rayyan sgtla manja, sensitif, nangis n meragam je. Tak tau la kenapa,kekadang nampak mcm sedih je airmuka dia aku nengok..Yg peliknya tu, aku depan mata pun leh gak nak menangis mcm takut nak kena tinggal.Smpkan aku ke tinggalkan dia skjp ke toilet dia leh meraung. adoihai...yg wat aku sayu sgt tu...tangisan dia tu mcm merayu2 je.Xsmp hati tul aku dgr.

Dgn org lain pun dah tak berapa nak, kalu nak pun skejap je..dgn syarat aku tetap berada dpn mata dia. Nmpk sgt takut aku tinggalkan dia, hai mmg tak dapatla mama ni work yer sayang.

Time tdo plak, lagi haru...aku kena sentiasa la ada sblh dia.Kalu kdg2 dia jaga tgk aku xde, sure la dia merengek...smp la aku datang peluk dia. lain betui peel dia dua tiga hari ni.

Ada yg kata nak "beradik" ke Rayyan ni? Sbb baby mmg akan camtu kalu dia nak dapat adik. Masalahnya skrg terlalu awal tuk dia ber adik..sian dia still kecil lagi xpuas bermanja.But at the same time aku rasa cuak gak, sbb melihatkan perubahan diri aku seminggu ni..Ermm atau aku bermain dgn perasaan,

Entah mcm manalah kalu ianya benar? BUkannya aku tidak bersyukur tapi mengenangkan rayyan yg masih xpuas bermanja..dapat ke aku tumpukan perhatian pada dia?

Apa pun andai benar aku terima dgn hati yg terbuka penuh kesyukuran, cuma aku perlukan siapkan diri dr mental n fizikal agar lebih bersedia.

Doakan lah yg terbaik buat kami!!!



New Header




yEa...blog ku berwajah baru, setelah sekian lama duk pakai header yg lama tuh..so sekarang di tempekkan dgn yg baru..suke2. Tapi wat simple jerk..aku bukannya pandai sgt nak mengedit ni..lagi pun kekurangan masa.hehehe

Dulu header ku takde gambar rayyan.. so skrg ni haruslah ada gambar anak teruna ku itu.Baru nampak ceria skit kowt.

So korang pasni rajin2 la singgah ekk..

Wednesday, November 3, 2010

Teringin laks



Tetiba tekak aku teringin nak mkn choc cadbury.dr mlm tadi.Xblh jdi ni...harus mencari jap lagi.

Dah tumbuh gigi

Salam uols, moga korang sume sihat hendaknya...aku n rayyan baru jerk baik dari demam ni.Demam dah ok cuma skrg batuk je tinggal, tu yg amat perit smp sakit2 dada aku dibuatnya

well perkembangan rayyan terkini, dia demam aritu rupanya nak tumbuh gigi, yea yea.Yer dah tumbuh gigi anak teruna aku ni...gigi bawah plak tu...patutla air liur asyik meleleh jerk. Sekarang ni dah bijak sgt2, tau je kalu aku bersiap nak kuar..dia akan merengek2 nak ikut. Kalu time nak pakaikan pampers lagi haru...dah xpandai nak duk diam, asyik la duk meniarap..huhuuh menguji kesabaran betul. Badan pun dah nampak susut, mungkin sbb nak ringankan badannya tuk proses merangkak..xsbar rasanya nak tgk rayyan merangkak lak.

Sekarang ni kalu aku nyanyikan dia lagu "BA BA BLACK SHEEP & TWINKLE2 LITTLE STAR" suka la sgt dia tu, smp gelak terkekeh2 xsdar air liur meleleh.hehhehe,

Pasni apa la plak ekk...cepat la membesar dgn sihat.Moga anak mama jadi insan yg beriman ,bijak dan berjaya suatu hari nanti.

AMIN
Lena sungguh..suka tgk rayyan tdo..




Monday, November 1, 2010

Isteri Sentiasa Dara

Info n copy dari sini tips berguna untuk para isteri...selamat mencuba n beramal

ISTERI SENTIASA DARA

Sharing is caring. Buat sang isteri, marilah kita amalkan petua ini. Bukan untuk orang lain pon, untuk lakiiii kita yang tersayang tu jugak kannnn, hehehhehe! Buat sang suami, sebarkanlah kepada isteri anda yang terchentaaaaaa (ejaan lama lebih mendalam cinta tu) :)


PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra


Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.


('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.


Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

(36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan .